the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas guru tahfiz mengaku tidak bersalah cederakan pelajar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Bekas tenaga pengajar maahad tahfiz di Kulim mengaku tidak bersalah di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 11 tahun

KULIM: Seorang bekas tenaga pengajar di sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar lelaki empat bulan lepas.

Muhammad Abdullah Abu Bakar, 26, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 11 tahun di asrama pusat tahfiz di Sungai Kob pada 29 September tahun lepas.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Abdullah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya R Jayasri memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM8,000.

Tertuduh yang diwakili peguam daripada firma Hisham Yunus & Co memohon jaminan minimum atas alasan telah diberhentikan kerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Majistret Nur Hamizah Mat Shah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 3 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis mengesahkan kejadian pelajar tahfiz dirotan seorang lelaki di maahad tahfiz di Sungai Kob pada September tahun lepas yang video kes itu tular di media sosial.

Pelajar terbabit didakwa dirotan kerana dikatakan mengganggu murid lain sedang belajar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings