the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas panglima tentera darat hadir ke ibu pejabat SPRM

Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan siasatan kes rasuah tender.

PUTRAJAYA: Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Beliau dipercayai hadir bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

Muhammad Hafizuddeain dilihat tiba pada 3.10 petang dan diiringi beberapa individu ketika memasuki bangunan ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Muhammad Hafizuddeain telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan.

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Pada 23 Disember lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan bagi menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka.

Siasatan juga tertumpu kepada perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories