the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pegawai bank didenda RM25,000 gagal lapur rasuah

Seorang bekas pegawai bank didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah kerana gagal melaporkan rasuah melibatkan dokumen pembiayaan perumahan.

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai bank didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan gagal melaporkan rasuah berkaitan penyediaan dokumen perjanjian pembiayaan.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin turut memerintahkan Abdul Rahman Yusof, 44, dipenjara 30 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Abdul Rahman didakwa menerima suapan tunai berjumlah RM6,658 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya melalui firma guaman.

Wang suapan itu diberikan sebagai upah untuk mencadangkan firma guaman tersebut bagi penyediaan 11 dokumen perjanjian pembiayaan perumahan bernilai RM1.978 juta.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana gagal melaporkan penerimaan wang suapan kepada pegawai SPRM atau polis.

Abdul Rahman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menanggung lima anak dan kedudukan kewangan yang goyah.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Natrah Fareha Rahmat memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Di mahkamah sama, Mohd Ariff Firdaus Bakri, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan tunai RM2,469 daripada firma guaman.

Suapan diberikan sebagai upah mencadangkan firma guaman tersebut bagi penyediaan dua pinjaman pembiayaan berjumlah RM822,834.

Mohd Ariff Firdaus turut berdepan dua pertuduhan pilihan tidak melaporkan pemberian suapan tersebut.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dengan syarat menyerahkan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Ahmad Fathullah Idris, 38, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan tunai RM1,325 daripada firma guaman.

Dia turut berdepan satu pertuduhan pilihan tidak melaporkan pemberian suapan tersebut.

Sameer Izzat Malik Fesal, 37, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima suapan tunai RM5,149 daripada firma guaman.

Bekas pegawai bank itu turut berdepan empat pertuduhan pilihan tidak melaporkan pemberian suapan tersebut.

Mahkamah membenarkan Ahmad Fathullah dan Sameer Izzat masing-masing diikat jamin RM5,000 dan RM13,000 dengan seorang penjamin.

Kes-kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Januari 2026. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings