the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas wartawan Bernama Sabaruddin Ahmad Sabri meninggal dunia

Bekas wartawan Bernama Sabaruddin Ahmad Sabri, 60, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Sungai Buloh pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sabaruddin Ahmad Sabri, 60, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan paru-paru awal pagi tadi.

Isterinya Suzrina Shamsuddin, 55, berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 5.28 pagi.

Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid Jamek FRIM untuk disolatkan selepas zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong, Selangor.

Sabaruddin meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Beliau memulakan kerjaya kewartawanan dengan menyertai Bernama pada 1985 dan ditugaskan di Meja Ekonomi sebelum menyertai Utusan Malaysia.

Sabaruddin kemudian berkhidmat dalam sektor korporat termasuk di Bridgecon Holdings Bhd sebelum beralih ke bidang penyiaran.

Beliau seterusnya menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dikenali sebagai pengacara program Selamat Pagi Malaysia.

Sabaruddin juga aktif dalam organisasi kewartawanan serantau dan terlibat dalam Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI).

Beliau turut aktif dalam bidang sukan khususnya hoki dan terlibat dalam pembentukan pasukan hoki Bernama pada akhir 1980-an.

Pada fasa akhir kerjayanya, beliau berkhidmat dalam sektor swasta dan bersara tahun lepas ketika bersama Alam Flora Sdn Bhd.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Is your six-year-old ready for school?

Formal schooling involves sitting for longer periods and fine-motor tasks like writing that can be physically exhausting for a six-year-old whose hand muscles are still maturing.

Hidden motives and future of Palestinian sovereignty

The council's main operational focus in Gaza is "Project Sunrise", a US$112 billion revitalisation plan that envisions transforming the war-torn territory into a high-tech "Riviera" coastal city
spot_img

Popular Categories