the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agenda pemerkasaan bumiputera diteruskan dalam RMK13 – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu akan memastikan tiada pihak terpinggir dalam pelaksanaan RMK13 dan pada masa sama, kerajaan akan terus membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

“Dari segi prinsipnya, kerajaan sentiasa memahami perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, keutamaan diletakkan kepada bumiputera dan perkara itu akan sentiasa dipelihara,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan usul RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah yang juga menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata isu kemiskinan tidak mengira bangsa dan agama, justeru kerajaan perlu menangani isu kemiskinan secara menyeluruh.

“Agenda afirmatif bumiputera akan terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan kemiskinan kaum akan ditangani seiring dengan pelaksanaan dasar berasaskan keperluan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited mengukuhkan pembangunan menyeluruh berasaskan pelbagai dimensi bagi mewujudkan peluang yang saksama, sekali gus meningkatkan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan berasaskan keperluan.

“Usaha ini akan memberi manfaat kepada semua golongan sasar yang memerlukan termasuk bumiputera, Orang Asli, anak negeri Sabah, bumiputera Sarawak serta masyarakat India dan Cina,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings