the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus tiga usul Kementerian Kewangan dengan majoriti

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan tiga usul Kementerian Kewangan dengan majoriti suara menyokong.

Usul berkenaan melibatkan sumbangan Malaysia kepada Program Dana Ke-21 Persatuan Pembangunan Antarabangsa, penutupan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas dan pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).

Terdahulu, usul itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Bagi usul MGII, resolusi dibentangkan bagi membolehkan kerajaan memindahkan baki terimaan MGII sebanyak RM30 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke KWP mengikut subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].

Pindahan itu bertujuan membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings