the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden penahanan anggota ATM tidak gambarkan keseluruhan pasukan – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan insiden penahanan beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mencerminkan keseluruhan institusi pertahanan negara.

Beliau berkata ATM kekal sebagai pasukan yang disegani rakyat dan diyakini dalam memelihara kedaulatan negara meskipun berdepan kes terpencil melibatkan salah laku anggota.

“Insiden melibatkan penahanan anggota ATM yang menjejaskan maruah dan integriti harus dielak. Jika benar didapati bersalah boleh menjejaskan imej dan diharap tiada sesiapa salah gunakan pangkat atau kedudukan diamanahkan untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“Saya menegaskan kes ini tidak menggambarkan ATM (secara keseluruhan), ATM masih hebat dan disegani serta diyakini rakyat untuk memelihara kedaulatan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2025 peringkat Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan tiga pegawai dan dua bekas pegawai kanan ATM antara 10 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan semangat kenegaraan mesti dijiwai oleh setiap warganegara terutamanya anggota ATM dan warga pertahanan kerana angkatan itu bukan sekadar lambang pertahanan fizikal tetapi simbol kedaulatan, integriti serta kemerdekaan negara.

“Apabila disebut kemerdekaan, kita terus nampak gambaran barisan perwira yang mempertahankan negara. Dalam setiap perbarisan di Dataran Merdeka dan Hari Pahlawan, ia adalah manifestasi imej ATM dan kita harus kekalkan imej bermaruah ini,“ katanya.

Beliau turut menyeru agar masyarakat menghidupkan kembali semangat patriotik dan menolak sebarang anasir yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

“Tema tahun ini, ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’, bukan sekadar slogan kosong tetapi seruan agar setiap kita berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan amanah kepada negara.

“Pengibaran Jalur Gemilang juga bukannya satu simbol semata tetapi menggambarkan semangat patriotik, kebebasan, dan kesejahteraan negara,” katanya.

Mohamed Khaled berkata pengorbanan perwira negara harus sentiasa dikenang manakala imej dan integriti ATM mesti dipelihara supaya terus menjadi benteng utama mempertahankan kedaulatan tanah air – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings