the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor tubuh jawatankuasa khas tangani pembuangan sampah haram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,058 saman dengan kompaun bernilai lebih RM335,000 berkaitan kesalahan membuang sampah telah dikeluarkan 16 pihak berkuasa tempatan di Johor dari awal tahun ini hingga Julai lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata kerajaan negeri serius dalam menangani masalah pembuangan sampah yang telah lama membelenggu.

Beliau menegaskan penubuhan sebuah jawatankuasa khas dengan kerjasama pelbagai agensi.

“Di bawah titah arahan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memperkukuh penguatkuasaan dan membanteras perbuatan membuang sampah secara haram,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ling berkata pelbagai pelan tindakan telah dirangka termasuk memperhebat kempen kesedaran serta aktiviti antipembuangan sampah.

Beliau berkata pelaksanaan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan beberapa agensi akan turut dijalankan.

Ini bagi memastikan orang ramai mematuhi undang-undang dan memelihara kebersihan alam sekitar.

“Kita berharap melalui pelbagai pendekatan ini, masyarakat akan lebih sedar hukuman yang bakal menanti mereka,“ katanya.

Beliau menekankan bahawa hukuman akan dikenakan sekiranya mereka melakukan pembuangan sampah merata-rata di kawasan awam.

Perbuatan ini menjejaskan alam sekitar serta sistem saliran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings