the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian komunikasi sokong titah Agong bendung budaya buli di sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi menyatakan komitmen penuh menyokong titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung keperluan membendung budaya buli sejak peringkat sekolah rendah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kementerian melaksanakan Kempen Kesedaran Nasional Antibuli secara menyeluruh melalui televisyen, radio, media sosial dan platform digital.

Beliau menegaskan tindakan susulan rentas kementerian sedang digerakkan bagi memastikan mesej antibuli sampai kepada murid, pelajar, ibu bapa dan komuniti secara bersepadu.

“Patik menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung keperluan membendung budaya buli sejak peringkat sekolah.”

Fahmi menjelaskan titah Sultan Ibrahim memberi peringatan jelas bahawa budaya buli bukan sahaja merosakkan emosi dan mental mangsa, malah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat serta kasih sayang sesama insan.

Menurutnya, titah tersebut sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI melalui pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025.

Kementerian akan memastikan mesej antibuli disampaikan dalam bentuk mudah difahami kanak-kanak dan remaja, selaras hasrat Agong agar generasi muda memahami erti hormat-menghormati.

“Saya menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti dan media untuk bersama-sama berganding bahu membanteras gejala buli.”

Yang di-Pertuan Agong hari ini menitahkan agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Seri Paduka Baginda bertitah, budaya buli sekiranya tidak dibendung sejak dari sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings