the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Zara Qairina: Keadilan mesti ikut undang-undang – Saifuddin

PUTRAJAYA: Kebenaran dan keadilan dalam kes melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir mesti ditegakkan sepenuhnya mengikut undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kebenaran dan keadilan kepada mangsa tidak boleh ditentukan menerusi perbualan di media sosial atau pendapat umum.

“Kita yang menganjurkan siri demonstrasi, nak cari apa? Nak cari kebenaran. Nak tegakkan keadilan. Jadi apa cara dia? Mesti mengikut lunas hukum dan undang-undang. Kebenaran tak boleh dibuat dengan telan bulat-bulat apa yang doktor patologi yang kita tangkap semalam sebut, (atau percaya) dengan cikgu yang buat teori kata Zara dibunuh, didera dengan mesin basuh.

“Kebenaran dan keadilan mesti melalui proses siasatan undang-undang. Siapa yang paling autoriti untuk buat siasatan undang-undang? Polis, dan itulah yang kita buat,“ katanya pada media selepas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Majlis Perhimpunan Bulanan KDN Bagi Bulan Ogos 2025, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya sedar banyak khabar angin yang tersebar mengenai kematian itu dan ia tidak akan berhenti.

Beliau berkata biarpun beliau telah berkongsi laporan siasatan mengenai kes itu di Dewan Rakyat semalam namun, fitnah dan berita palsu akan terus tersebar. Saifuddin Nasution berkata setakat ini, sebanyak 195 keterangan saksi telah diambil bagi memastikan siasatan benar-benar lengkap dan menyeluruh.

“Tentunya kita mengambil sedikit masa untuk betul-betul kemas kini dan itulah yang kita serahkan pada hari Isnin lepas yang membawa kepada Jabatan Peguam Negara kemudiannya membuat pengumuman (lima remaja bawah umur didakwa di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu hari ini).

Jadi itu proses yang saya maksudkan, bahawa polis bertindak mesti mengikut lunas undang-undang untuk tujuan mencari kebenaran dan keadilan,“ katanya.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings