the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis atur anggota pantau perhimpunan Demi Zara di KL malam ini

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak 40 pegawai dan anggota untuk memantau perhimpunan Demi Zara yang dijadualkan di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya akan menempatkan anggota keselamatan di sekitar lokasi perhimpunan.

“Setakat ini tiada sebarang penutupan atau lencongan jalan raya namun ia bergantung kepada situasi semasa. PDRM akan memudah cara peserta perhimpunan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zara Qairina Mahathir disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar memaklumkan siasatan kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalahan buli.

Jabatan Peguam Negara juga memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues selepas meneliti laporan siasatan PDRM – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings