the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

BN harap anak Bung Moktar teruskan khidmat terbaik di Kinabatangan

Barisan Nasional harap anak Allahyarham Bung Moktar, Mohd Naim, dapat teruskan khidmat terbaik bapanya kepada penduduk Parlimen Kinabatangan melalui PRK.

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) menaruh harapan agar kesinambungan khidmat baik parti itu kepada penduduk di Parlimen Kinabatangan dapat diteruskan oleh Mohd Naim Kurniawan Moktar.

Beliau merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Mohd Naim akan meneruskan khidmat terbaik bapanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.

“Yang penting bagi Parlimen Kinabatangan ialah kesinambungan perkhidmatan terbaik dilakukan oleh Allahyarham Bung Moktar dapat disambung oleh anak beliau,” katanya.

Beliau mengulas persediaan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Ahmad Zahid berkata pendekatan BN ialah memastikan khidmat baik dapat diteruskan kepada rakyat di Sabah.

Mengenai PRK DUN Lamag pula, BN menawarkan calon bebas Mohd Ismail Ayob untuk menjadi calon langsung parti.

Langkah itu bagi mengelakkan perpecahan sokongan dalam kalangan masyarakat setempat.

Mohd Ismail pernah bertanding sebagai Bebas pada PRN Sabah lepas dan tewas kepada Bung Moktar dengan majoriti 153 undi.

“Kita harap beliau akan dapat menggamit semula penyokong beliau dan mencantumkan pengundi BN, untuk menggarap kemenangan,” kata Ahmad Zahid.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 10 Januari sebagai hari penamaan calon.

Tarikh mengundi bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 24 Januari.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar pada 5 Disember.

Warisan memutuskan untuk bertanding pada kedua-dua PRK.

Parti itu menamakan bekas ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Mazliwati Abdul Malek sebagai calon.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengumumkan ia tidak akan meletakkan calon pada kedua-dua PRK.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories