the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kekerapan banjir di Beaufort menyebabkan kerugian jutaan ringgit

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Banjir kerap di Beaufort, khususnya Lumadan, menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada tanaman dan ternakan, menjejaskan lebih 10,000 petani.

BEAUFORT: Bencana banjir yang kerap melanda daerah Beaufort, khususnya di kawasan Lumadan, menyebabkan kerugian sehingga jutaan ringgit.

Kerugian itu melibatkan kemusnahan tanaman pertanian, haiwan ternakan dan kerosakan harta benda penduduk.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata penduduk kawasan itu kadangkala terpaksa berdepan banjir sehingga 10 kali dalam setahun.

“Dianggarkan lebih 10,000 petani yang tanaman seperti buah-buahan dan padi terjejas banjir dijangka sukar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan,” katanya.

Beliau menggesa petani melaporkan kerosakan kepada pegawai pertanian daerah untuk proses tuntutan bantuan.

Ruslan, yang juga ADUN Lumadan, berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah banjir menerusi projek tebatan.

Beliau berkata pelaksanaan projek tebatan banjir telah berjaya mengurangkan risiko bencana tersebut di pekan Beaufort.

“Pekan lama Beaufort yang dahulunya kerap ditenggelami air kini berada dalam keadaan lebih terkawal hasil pembinaan sistem tebatan banjir tersebut,” katanya.

Ruslan menambah sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini sedang dalam perancangan untuk dibina di Kampung Padas Damit.

Kawasan pembinaan PPS itu sedang dikenal pasti dan dijangka mampu menempatkan kira-kira 1,000 mangsa dari kampung berdekatan.

Setakat petang tadi, hanya dua daerah di Sabah masih terjejas banjir iaitu Tenom dan Beaufort.

Seramai 1,206 mangsa daripada 425 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NGO lauds initiative to recognise Rohingya refugees

It called on the government to publicly clarify the criteria for refugee recognition and work eligibility, the duration and conditions of the temporary stay document, sectors in which refugees may work, application timelines, appeal mechanisms and pathways for those who are not recognised or approved for employment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings