the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BN sedia bekerjasama, sokong pembentukan kerajaan negeri Sabah baharu

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Barisan Nasional sedia bekerjasama dan menyokong pembentukan kerajaan negeri Sabah baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bekerjasama dan menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerjasama itu dizahirkan demi memastikan Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan yang berterusan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok negara yang bertungkus lumus sejak hari pertama kempen.

Segala keringat, masa dan komitmen yang dicurah melambangkan kesetiaan dan semangat perjuangan demi parti serta kepentingan rakyat.

Zambry berkata BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon gabungan politik itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“PRN ini merupakan suatu proses demokrasi yang matang, dan BN menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dengan hati yang terbuka serta penuh rasa hormat terhadap suara dan mandat mereka,” katanya.

PRN Sabah ke-17 menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Parti Warisan meraih 25 kerusi diikuti BN (6), Bebas (5), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu atau UPKO (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (2).

Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Pakatan Harapan masing-masing menang satu kerusi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings