the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan susun semula jawatankuasa teknikal MTPMA63 akan diperhalusi

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Cadangan susun semula ahli Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 akan diperincikan dalam mesyuarat akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KUCHING: Cadangan untuk menyusun semula ahli Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) akan diperincikan dalam mesyuarat akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan itu akan diperhalusi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata perkara itu dibincangkan susulan rombakan kabinet pada Disember lalu.

“Beliau (Mustapha) akan memulakan mesyuarat, kemudian baru dibawa ke jawatankuasa peringkat teknikal sebelum kita bawa kepada majlis perundingan pada peringkat tertinggi MTPMA63,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kebangsaan Shell LiveWIRE Malaysia 2025.

Fadillah berkata perbincangan berkaitan cadangan itu telah pun diadakan dan wakil daripada Kementerian Kewangan serta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sememangnya terlibat.

Mengenai isu lain berkaitan MA63, beliau berkata perbincangan mengenai penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak masih dalam proses.

Dari segi dasar dan prinsip, terdapat persetujuan terhadap penambahan kerusi Parlimen, namun realisasinya bergantung kepada hasil rundingan semasa.

“Kalau melibatkan penambahan kerusi Parlimen melebihi 25 peratus, itu memerlukan sokongan dua pertiga Parlimen dan itulah cabaran utama,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings