Saturday, November 15, 2025
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon PH Ruji Ubi mahu baktikan pengalaman untuk bangunkan Merotai

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Ruji Ubi, calon PH, berhasrat manfaatkan pengalaman perkhidmatan awam untuk membangunkan DUN Merotai.

TAWAU: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Datuk Ruji Ubi berhasrat memanfaatkan pengalaman perkhidmatan awamnya untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai.

Calon Pakatan Harapan itu berkata beliau mempunyai misi dan visi jelas untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

“Kenapa bersara awal dan kembali ke kampung kerana saya ingin mencurah pengalaman serta pengetahuan dalam bidang pembangunan, pengurusan sumber manusia dan pentadbiran untuk Sabah,” katanya.

BACA: 596 calon bertanding dalam PRN Sabah ke-17

Beliau berharap penduduk Merotai terbuka hati memilihnya untuk berkhidmat di kawasan tempat dibesarkan.

Ruji menegaskan pengundi boleh menilai rekod prestasinya memegang jawatan tertinggi di Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perpaduan.

Pengalaman sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Sabah di satu agensi juga menjadi panduan kepada para pengundi.

“Ada kata saya baru turun padang tetapi sebenarnya sebagai pegawai kerajaan, saya kerap turun ke seluruh negara termasuk Merotai, Kalabakan dan Tawau,” jelasnya.

Selepas menyerahkan borang pencalonan, beliau akan berjumpa jentera parti termasuk sesi bersama Presiden Harapan Rakyat Tan Sri Liew Yun Fah.

“Alhamdulillah, Harapan Rakyat bersama kita, Gabungan Rakyat Sabah bersama kita, parti dalam Kerajaan Perpaduan juga bersama kita,” katanya.

Calon Warisan dan penyandang DUN Merotai Sarifuddin Hata pula berkata rakyat sudah melihat kerjanya di lapangan meskipun menjadi pembangkang lima tahun.

“Saya melihat gelombang menyokong parti tempatan sangat kuat di akar umbi,” katanya.

Persaingan di DUN Merotai turut menyaksikan penyertaan calon Perikatan Nasional Hasan Haris dan Rhyme @ Reymie Bin Kassim daripada Parti Impian Sabah.

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Sabah kali ini.

Pengundian awal ditetapkan pada 25 November manakala hari mengundi pada 29 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hung Fires 65 to Lead Taifong Open with Tour Card on the Line

With his 2026 Asian Tour card on the line, Chinese Taipei’s Hung Chien-yao opened the US$400,000 Taiwan Glass Taifong Open with a superb seven-under 65 on Thursday. The 33-year-old, who has kept his card for 12 straight years but struggled this season with seven missed cuts in 11 starts, returned to form at Taifong Golf Club — where he won in 2022 on the Asian Development Tour. Hung leads by two over Thailand’s Poosit Supupramai (67) after play was suspended late in the evening, with two groups still on course. Malaysia’s Ervin Chang, Thailand’s Chanat Sakulpolphaisan, Korea’s Wooyoung Cho and Pakistan’s Ahmad Baig carded 68s, while India’s Viraj Madappa and several others sit at 69. The second round will resume Friday after the remaining players complete round one.
spot_img

Popular Categories