the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Kes baharu 957, semua penularan dalam negara — KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kes positif baharu Covid-19 hari ini kembali meningkat kepada 957 kes berbanding 659 semalam, dengan kesemuanya melibatkan penularan dalam negara, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun menurutnya jumlah kes pulih sepenuhnya mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 972 kes menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya sehingga kini sebanyak 22,220 kes atau 68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sebanyak 32,505 kes.

Sebanyak 97 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan, dan tiada kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal, 249 kes.

Dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 dalam negara hari ini, Dr Noor Hisham berkata kesemua kes baharu hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 644, Selangor (225), Pulau Pinang (23), Labuan (18), Terengganu (15), Sarawak (11), Negeri Sembilan (8), Perak (5) dan Kuala Lumpur (4).

Selain itu, Kedah, Melaka, Johor dan Putrajaya, masing-masing mencatatkan satu kes. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings