the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Cuaca panas, kurang hujan diramal sehingga 25 Jan

MetMalaysia menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan di kebanyakan kawasan sehingga 25 Jan, dengan suhu mencecah 34°C dan amaran angin kencang di perairan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara sehingga 25 Jan ini.

Keadaan ini diramal terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius.

“Bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku, terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia untuk maklumat terkini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Jan.

Amaran kategori pertama melibatkan angin timur laut 40-50 km/j dengan ombak sehingga 3.5 meter di beberapa perairan.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Amaran kategori kedua dikeluarkan bagi perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.

Angin dijangka berkelajuan 50-60 km/j dengan ombak melebihi 4.5 meter.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, pantai, penangkapan ikan dan perkhidmatan feri.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories