the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
30.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cukai tanah dan royalti kekal sumber hasil utama Pahang

Cukai tanah dan royalti antara lima penyumbang terbesar hasil negeri Pahang dari 2022 hingga 2025, dengan jumlah terkumpul mencecah RM3.5 bilion.

KUANTAN: Cukai tanah dan royalti kekal antara penyumbang hasil terbesar bagi Kerajaan Negeri Pahang dari 2022 hingga November 2025.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata hasil daripada cukai tanah merangkumi cukai petak semasa dan cukai tanah tahun pertama.

Royalti pula melibatkan aktiviti kayu-kayan, perlombongan dan pengeluaran bahan batuan.

“Sumber hasil lain termasuk lesen, bayaran pendaftaran, permit, jualan barang serta geran daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Andansura Rabu mengenai lima sumber hasil terbesar negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang.

Jumlah hasil daripada lima sumber utama itu pada 2022 ialah lebih RM891 juta.

Jumlah itu meningkat kepada RM935 juta pada 2023 dan RM932 juta pada 2024.

Bagi tempoh sehingga November 2025, jumlah yang direkodkan ialah RM762 juta.

Setakat Oktober lepas, tunggakan cukai tanah mencecah lebih RM376 juta.

“Tunggakan kutipan pada 2021 mencatatkan RM1.1 bilion dan kita telah mengurangkannya,” jelas Wan Rosdy.

Beliau berkata usaha mengutip tunggakan akan dipergiatkan walaupun ia bukan perkara mudah.

Punca tunggakan melibatkan pelbagai pihak termasuk individu, korporat, syarikat dan agensi Kerajaan Persekutuan.

“Ada yang telah melunaskan bayaran dan dalam perancangan untuk melaksanakannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 20.8 juta ekor benih ikan telah dilepaskan ke perairan umum Pahang sejak 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata 2.48 juta ekor benih dilepaskan setakat September tahun ini.

“Ini bagi tujuan pemuliharaan sumber perikanan darat negeri,” jelasnya.

Pada 2024 sahaja, pendaratan perikanan darat di Pahang melebihi 2,200 tan metrik.

Nilai pendaratan tersebut adalah lebih RM64 juta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Chin Hin Group champions workplace excellence

Chin Hin Group Bhd secured five awards across the group and its listed subsidiaries at the HR Asia Awards 2025, reinforcing its strong commitment to a unified, people-centric workplace culture. The group and subsidiaries Ajiya Bhd, Signature International Bhd and Fiamma Holdings Bhd were all recognised as HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2025, while Chin Hin also won the HR Asia Tech Empowerment Award 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories