the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

DAP bertanding lapan kerusi DUN dalam PRN Sabah

DAP akan bertanding di lapan kerusi DUN Sabah termasuk Tanjung Aru, dengan 50% calon wanita dan purata umur 39 tahun.

KOTA KINABALU: DAP akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 pada 29 November ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata parti itu akan mempertahankan enam kerusi DUN iaitu Luyang, Kepayan, Likas, Tanjung Papat, Elopura dan Sri Tanjong.

Beliau berkata parti itu juga akan bertanding di DUN Tanjung Aru buat kali pertama dan menyifatkannya sebagai bukan kerusi selamat.

Katanya parti itu akan bertanding di satu kawasan pedalaman yang bakal diumumkan kemudian dengan calon wanita.

“Semua calon anak jati Sabah,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera DAP dan Pengumuman Calon DAP PRN Sabah Ke-17 di sini hari ini.

Loke berkata calon DAP terdiri daripada 50% wanita dengan purata umur 39 tahun antara termuda dalam parti bertanding.

“Kami yakin dengan barisan calon yang disenaraikan mampu memberikan saingan sengit dan meneruskan kemenangan DAP di Sabah,” katanya.

Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe akan bertanding di DUN Likas manakala Timbalan Pengerusi negeri Datuk Chan Foong Hin di DUN Tanjung Aru.

Di Elopura, parti itu menampilkan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong sementara Naib Pengerusi DAP Sabah Datuk Jannie Lasimbang akan mempertahankan DUN Kapayan.

Tiga muka baharu ialah Naib Ketua Pemuda DAP Tang Szu Ching di Tanjung Papat, Ketua Pemuda DAP Sabah Chan Loong Wei di Luyang dan Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Philip Yap di Sri Tanjong.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November ini.

Tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories