the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Negara lulus RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025

RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 diluluskan untuk perbaiki proses lesen, kukuh kawal selia industri keselamatan dan utamakan pekerja tempatan

KUALA LUMPUR: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.

RUU itu bertujuan menambah baik proses pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan agensi persendirian.

Ia juga bertujuan memperkukuh kawal selia industri keselamatan persendirian dan memantapkan proses tapisan keselamatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pindaan itu untuk meningkatkan ketelusan tanpa menambah beban tugas kepada Ketua Polis Negara.

“Ini penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, penguatkuasaan akta ini di lapangan,” katanya ketika menggulung perbahasan.

Beliau berkata pindaan membolehkan menteri mengeluarkan arahan pentadbiran tanpa perlu sentiasa pinda akta melalui proses legislatif.

Agensi persendirian diwajibkan mengutamakan penggajian pengawal keselamatan tempatan berbanding warga asing.

Lesen juga tidak boleh dipajak atau disewa kepada pihak lain.

“Syarat-syarat ke atas lesen ialah satu bentuk kawal selia supaya lesen tidak disalah guna,” jelas Shamsul Anuar.

Beliau menambah ahli lembaga pengarah dan petugas mesti lulus tapisan keselamatan serta tidak berstatus bankrap.

Dari segi penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada akta.

Proses tapisan keselamatan pula dikendalikan Polis Diraja Malaysia di bawah kawalan Ketua Polis Negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rhenus shared commitment to support India’s maritime sector at India Maritime Week 2025

Rhenus exchanged an MoU with Inland Waterways Authority Of India (IWAI) for the construction and operation of tug-barge vessels to enable cargo movement across National Waterways NW-1, NW-2, NW-16, and the Indo-Bangladesh Protocol (IBP) route. Vivek Arya, CEO of Rhenus India also shared his insights on logistics as a panelist in a conference discussion session.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories