the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus dua pindaan RUU perkasa pembangunan kemahiran

Dua RUU pindaan berkaitan pembangunan kemahiran negara diluluskan, fokus kepada kawal selia pusat latihan TVET dan perluasan skop pembiayaan PTPK

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan dua rang undang-undang berkaitan pembangunan kemahiran negara.

RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 dan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 diluluskan dalam persidangan hari ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 bertujuan memberi insentif kepada pemberi latihan TVET berkualiti.

“Ada keadaan pelajar membelanjakan wang masuk ke kursus-kursus vokasional tetapi akhirnya sebab pemberi latihan itu tidak berkualiti, maka mereka bukan sahaja membuang masa, kadangkala berhutang (untuk pengajian) kerja tak dapat,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) maklum tiada mekanisme jelas dalam akta sedia ada untuk menggantung atau membatalkan pentauliahan pusat latihan yang gagal.

“Kementerian ini berhasrat memperkenalkan sistem yang lebih dinamik dan berasaskan prestasi,” jelas Sim.

Pusat latihan yang cemerlang akan diberi pengiktirafan manakala pusat yang lemah akan dipantau bagi memastikan piawaian kualiti.

RUU itu juga menambah baik tempoh pentauliahan penyedia latihan daripada tiga kepada enam tahun.

Ia memperkenalkan tatacara penggantungan dan pembatalan yang lebih jelas, telus dan berakauntabiliti.

Pindaan itu juga bertujuan memperkemas persijilan kemahiran dalam usaha membangunkan tenaga kerja mahir negara.

Sementara itu, RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004.

Pindaan ini bertujuan meluaskan skop pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Antara teras pindaan adalah perluasan skop pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan kepada program latihan lain yang diiktiraf JPK.

Ia juga bagi pemantapan tadbir urus melalui proses kelulusan, pengurusan dan kawalan bantuan kewangan yang lebih telus. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings