the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua beranak mengamuk di Klang dirujuk ke HTAR untuk pemantauan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Dua lelaki beranak yang mengamuk di sebuah flat di Klang telah dirujuk ke HTAR untuk pemeriksaan kesihatan mental selepas kejadian

SHAH ALAM: Dua beranak yang mengamuk di sebuah flat di Klang pada Rabu lepas telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemantauan lanjut.

Ketua Polis Klang Selatan ACP Ramli Kasa berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki yang ingin mengambil adik perempuannya pada pukul 7.50 malam.

Bapa serta teman lelaki kepada adik perempuan itu difahamkan tiba-tiba mengamuk semasa mengadakan perbincangan.

Dua suspek berusia 46 dan 20 tahun itu akhirnya berjaya ditenangkan oleh pihak polis.

Semakan lanjut mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental.

Mereka kemudian dihantar ke HTAR untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan susulan kejadian itu.

Sebelum ini, video berdurasi lebih dua minit tular memaparkan seorang lelaki memegang parang menghalang orang ramai masuk ke rumahnya di sebuah flat sekitar Pandamaran, Klang

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings