the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 28, 2025
26.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua pemandu bergaduh tepi jalan direman empat hari di Bukit Mertajam

Dua lelaki direman empat hari selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial, berpunca daripada salah faham di jalan raya di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pertengkaran di tepi Jalan Sungai Derhaka di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata video kejadian itu tular di media sosial semalam.

Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada kedua-dua lelaki yang berusia 27 dan 44 tahun.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 25 Dis lepas apabila berlaku salah faham antara dua pemandu,” menurutnya.

Kejadian itu mencetuskan pertengkaran mulut hingga membawa kepada ugutan jenayah.

Seorang lelaki didapati bertindak agresif dengan memegang sebatang kayu hoki.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Kedua-dua lelaki telah ditahkan oleh pihak polis.

Helmi menasihati orang ramai supaya berhemah ketika berada di jalan raya.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna lain.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Video berdurasi 37 saat itu tular di media sosial memaparkan pertengkaran antara pemandu kereta Proton Exora dan Perodua Myvi.

Seorang daripada mereka dilihat memegang kayu hoki dalam rakaman tersebut.

Insiden dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Perodua Myvi yang didakwa membuat pusingan U secara mengejut.

Tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati pemandu Proton Exora.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories