the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua rang undang-undang imigresen dan pasport dibentang di Parlimen

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

RUU Imigresen dan Pasport dibentang untuk bacaan pertama, perkenal sistem automasi dan pemeriksaan biometrik untuk kawalan sempadan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025 telah dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bacaan kali kedua dan ketiga bagi kedua-dua RUU itu akan dibuat pada mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Pindaan terhadap Akta Imigresen 1959/63 antara lain bertujuan memasukkan peruntukan baharu berhubung penggunaan sistem berautomasi.

Ia juga melibatkan kawalan keluar masuk individu ke dalam atau ke luar Malaysia melalui perkhidmatan kereta api.

Fasal 6 RUU itu bertujuan memasukkan Seksyen 22a yang baharu untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang sebelum memasuki Malaysia hendaklah mengemukakan pengecam peribadi dan data biometriknya.

Ia juga memberi pegawai imigresen kuasa untuk menghalang mana-mana orang daripada memasuki Malaysia jika orang itu enggan untuk mengemukakan data berkenaan.

Fasal 7 memperuntukkan pindaan kepada Seksyen 24 Akta 155 bagi menetapkan individu yang tiba melalui laut atau udara hendaklah menjalani pemeriksaan oleh pegawai imigresen atau melalui sistem berautomasi.

Fasal 8 pula bagi meminda Seksyen 26 akta sama untuk memperuntukkan pemeriksaan sama bagi mereka yang tiba melalui darat.

RUU Pasport (Pindaan) 2025 pula bertujuan meminda Akta Pasport 1966.

Pindaan ini berbangkit daripada cadangan pindaan Akta Imigresen yang menghendaki setiap orang diperiksa oleh pegawai imigresen atau melalui suatu sistem berautomasi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img