the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua stesen seismik baharu di Segamat pantau aktiviti gempa bumi

SEGAMAT: Dua stesen seismik yang dilengkapi dengan alat seismometer dijangka akan dibina di Segamat untuk memantau aktiviti gempa bumi berikutan kejadian gegaran lemah yang melanda daerah itu bulan lepas.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi menyatakan permohonan pembinaan stesen berkenaan telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan memandangkan tiada stesen seismik beroperasi di daerah tersebut ketika ini.

“JPBD Segamat telah menghantar permohonan untuk pembinaan stesen ini kepada kerajaan pusat dan negeri dengan cadangan stesen seismik yang dilengkapi alat seismometer jenis pergerakan kecil,“ katanya.

Beliau berkata lokasi sesuai akan dipilih jauh daripada gangguan aktiviti manusia seperti jalan raya untuk memastikan keberkesanan pemantauan.

Mohd Ezzuddin menyampaikan taklimat tersebut pada Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat 2025 di Dewan Serbaguna Segamat.

Stesen seismik tersebut akan dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dengan lokasi pembinaan masih dalam penelitian dan perbincangan bersama agensi termasuk Jabatan Mineral dan Geosains.

Setakat ini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara termasuk enam di Johor yang terletak di Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi.

Mohd Ezzuddin turut memaklumkan bahawa 62 laporan kerosakan kecil pada rumah penduduk telah diterima susulan kejadian gempa bumi di daerah itu.

“Secara keseluruhan, kita menerima 64 makluman mengenai kerosakan kecil termasuk dua di surau tetapi tiada laporan kerosakan serius melibatkan premis berkenaan,“ jelasnya.

Semua kerosakan yang dilaporkan adalah kecil seperti retakan pada dinding dan siling yang tidak menjejaskan struktur bangunan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings