the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza

ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengutuk tindakan Israel yang menyambung serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza Jumaat lepas, selepas tujuh hari gencatan senjata.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata serangan rejim itu sebaik sahaja berakhir gencatan senjata telah mengakibatkan 178 rakyat Palestin terkorban termasuk kanak-kanak.

“Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis bersetuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza,” katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dalam menzahirkan simpati atas pemergian rakyat Palestin akibat serangan terbaharu rejim itu, beliau mengalu-alukan kehadiran 15 pelajar Palestin sebagai pemerhati di persidangan hari ini.

Sebelum gencatan senjata bermula, ribuan rakyat Palestin terkorban akibat serangan rejim Israel susulan pertempuran yang tercetus antara pihak berkuasa Gaza, Hamas dan rejim itu pada 7 Okt lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid memberi jaminan 100 peratus sumbangan yang diterima dalam kempen solidariti Palestin akan disalurkan kepada penduduk Gaza yang sedang diserang rejim Zionis.

Setakat 19 Nov lepas, pihaknya telah menyerahkan sejumlah RM2.58 juta sumbangan rakyat negeri ini melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diselia Kementerian Luar.

“Alhamdulillah, 100 peratus kutipan kita terima disampaikan kepada kementerian, dan saya yakin jumlah itu juga sampai kepada penduduk Gaza sepenuhnya,“ katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian di luar persidangan DUN Johor selepas menerima sumbangan daripada penduduk Felda Pengeli Timur untuk tabung berkenaan yang disampaikan Pengerusi Masjid Darun Nadwa, Saiddin Othman.

Mohd Fared seterusnya mengingatkan agar orang ramai agar memilih institusi yang diabsahkan untuk menyalurkan sumbangan mereka demi manfaat rakyat Palestin.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings