the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ejen insurans rugi RM372,645 dalam penipuan pelaburan palsu

Seorang ejen insurans di Johor Bahru kerugian RM372,645 selepas tertipu skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi

JOHOR BAHRU: Seorang ejen insurans di sini mengalami kerugian sebanyak RM372,645 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt. Azrul Hisham Mohd Shaffee berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang melibatkan lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Beliau berkata kejadian bermula pada 28 Sept lepas ketika mangsa tertarik dengan satu iklan pelaburan yang dilihat melalui laman Facebook sebelum menghubungi nombor telefon tertera.

“Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi SDXA Global melalui Google Play dan membuka akaun menggunakan maklumat peribadi miliknya.

“Mangsa dijanjikan pulangan keuntungan hasil pelaburan namun setelah membuat pembayaran, tiada sebarang pulangan diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mangsa telah membuat 26 transaksi pindahan wang ke empat akaun bank berbeza atas nama syarikat Sadokis Capital Sdn Bhd dan Sadokis Construction Sdn Bhd antara 28 Sept hingga 4 Nov lepas. 

Azrul Hisham berkata mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang keuntungan dan diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan wang pelaburan yang kononnya sudah untung.

“Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan butiran akaun bank terlibat, merekod keterangan pihak bank serta bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk mengenal pasti pemilik nombor telefon suspek,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rancakkan MADANI draws over 300,000 visitors in three days

The Rancakkan MADANI programme attracted more than 300,000 visitors, showcasing government services and 167 new initiatives.

Telefon pintar bukan pengasuh kanak-kanak: Nancy

Menteri Nancy Shukri menggesa ibu bapa hentikan amalan menggunakan telefon pintar sebagai pengasuh kanak-kanak, kesan negatif terhadap emosi dan sosial perlu ditangani.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories