the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar ucap selamat bersidang kepada perwakilan Umno 2025

Perdana Menteri berharap Perhimpunan Agung Umno 2025 berlangsung tertib, penuh wacana bernas dan sumbang kepada perpaduan nasional.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat bersidang kepada semua pimpinan dan perwakilan sempena Perhimpunan Agung Umno 2025.

Beliau berharap persidangan itu berlangsung dengan tertib, penuh wacana bernas berpaksikan rakyat serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.

Anwar berkata Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama.

BACA: Peranan UMNO penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan

“Dalam landskap politik dan ekonomi yang kian mencabar, kekuatan sebenar tidak lahir daripada perbezaan yang terus dipicu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menambah kekuatan sebenar lahir daripada kesepaduan yang diperkukuh, kebijaksanaan yang diraikan serta iltizam bersama untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan turut berkongsi gambar sewaktu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 2023.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung dari 14 hingga 17 Januari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Ia diadakan selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November lalu bagi memberi laluan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Perhimpunan kali ini menghimpunkan sebanyak 6,412 perwakilan dari seluruh negara.

Ia melibatkan 2,928 orang bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025, 1,165 orang bagi Pergerakan Wanita, 1,173 orang bagi Pergerakan Pemuda dan 1,146 orang bagi Pergerakan Puteri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings