the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Elak aktiviti air, Monsun Timur Laut belum berakhir – APM T’ganu

KUALA NERUS: Orang ramai diingatkan supaya terus mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti terutama rekreasi di kawasan pantai dan sungai sehingga tamat musim Monsun Timur Laut (MTL) pada Mac ini.

Ia berikutan paras air sungai beberapa daerah di negeri ini menunjukkan kenaikan sehingga melepasi paras amaran dan waspada susulan hujan lebat sejak semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata setakat ini, Sungai Chalok di Setiu dan Sungai Telemong di Hulu Terengganu sudah melepasi paras amaran.

Menurutnya, enam lagi sungai iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit; Sungai Setiu di Kampung Besut; Sungai Nerus di Kampung Langkap; Sungai Marang di Pengkalan Berangan, Sungai Tebak Sungai Besut di Kampung Keruak pula telah melepasi paras waspada.

“Oleh itu, kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menjauhi aktiviti air kerana musim tengkujuh masih belum berakhir,“ katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rosman berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan rekreasi air bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings