the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Empat cedera dalam kemalangan dua kenderaan selepas Banjaran Titiwangsa

Empat mangsa cedera dalam kemalangan Toyota Hilux dan Vios di laluan Banjaran Titiwangsa – Jeli. Satu mangsa tersepit dan diselamatkan bomba

KOTA BHARU: Empat individu cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah Toyota Vios di laluan selepas Banjaran Titiwangsa menghala ke Jeli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Azhar Elmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.01 tengah hari.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 48 kilometer dari balai pada pukul 12.52 tengah hari.

“Seorang mangsa didapati tersepit di bahagian hadapan sebelah pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya.

Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

Mangsa yang terlibat adalah dua orang dalam Toyota Vios iaitu lelaki dan wanita berusia 43 dan 42 tahun.

Dua mangsa dalam Toyota Hilux pula adalah lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi belum diperolehi maklumat.

Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

Kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dari BBP Jeli dan BBP Gerik digunakan untuk mengangkut mangsa.

Operasi penyelamatan ditamatkan pada 1.48 tengah hari dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota.

Operasi itu melibatkan anggota dari BBP Jeli, BBP Gerik serta enam anggota Angkatan Tentera Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories