Tuesday, October 28, 2025
27 C
Malaysia
spot_img

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Teluk Intan, 21 mangsa dipindah

The Sun Webdesk

Enam rumah di Kampung Terengganu, Teluk Intan musnah 90% dalam kebakaran, 21 mangsa dipindah ke pusat sementara, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

TELUK INTAN: Enam rumah di Jalan Mak Intan, Kampung Terengganu dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan enam rumah kelas B dengan anggaran kemusnahan 90%, selain tiga motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.12 pagi menurut laporan rasmi.

Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang serta Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan dan PBS Batu 12.

Operasi berakhir sepenuhnya pada pukul 3.05 pagi.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan 21 mangsa daripada empat keluarga terjejas telah dipindahkan.

Mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img