the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan empat kenderaan di Muar

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Muar, seorang lagi cedera parah

MUAR: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku di KM133.7 lebuh raya berkenaan kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kedua-dua mangsa berusia 20 dan 24 tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang berusia 20 tahun melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori lalu hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan,” katanya.

“Mangsa kemudian dirempuh dua motosikal termasuk motosikal ditunggang mangsa berusia 24 tahun itu dari arah belakang.”

Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

Seorang lagi penunggang motosikal cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis meminta saksi kejadian menghubungi Insp Muhamad Azim Aziz melalui talian 018-9704143.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara di KOTA TINGGI, seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan motosikal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian berlaku di Jalan Waha, Felda Bukit Waha kira-kira jam 7 pagi.

Mangsa berusia 75 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Masjid Jamek Felda Waha ke rumahnya.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings