the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Fahmi tegaskan penutupan laman web tidak sasarkan organisasi media

Menteri Komunikasi kata penutupan akses laman web tertumpu kepada kandungan judi dan pornografi, bukan portal berita, selaras dengan prinsip kebebasan media.

KUALA LUMPUR: Penutupan akses laman web tidak melibatkan organisasi media, sebaliknya tertumpu kepada kandungan yang jelas melanggar undang-undang seperti perjudian dan pornografi.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah sekatan akses merupakan tindakan terakhir dan dilaksanakan secara teliti di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan tindakan itu tidak menyasarkan portal berita atau organisasi media dalam talian.

“Waktu ini hampir semua laman web yang diarah tutup aksesnya berkait dengan judi, pornografi dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang di dalam negara,” katanya di Dewan Negara.

Fahmi berkata kerajaan tidak mengenakan pelesenan atau kawal selia terhadap media dalam talian sama ada di dalam atau luar negara.

Prinsip ini adalah untuk memastikan ruang kebebasan bersuara dan kebebasan media terus terpelihara dalam ekosistem digital.

Bagaimanapun, tindakan boleh diambil sekiranya kandungan yang disiarkan didapati menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan telekomunikasi di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM).

Peruntukan itu termasuk kuasa penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Penggunaannya tertakluk kepada aduan dan penilaian berasaskan undang-undang, bukan atas perbezaan pandangan atau kritikan terhadap dasar kerajaan.

AKMM turut mengandungi peruntukan klausa extrateritoriality yang membolehkan tindakan diambil terhadap pihak di luar negara sekiranya kandungan berkenaan memberikan kesan kepada Malaysia.

Fahmi berkata kebebasan media dan etika kewartawanan diperkukuh melalui dasar yang jelas dan kerjasama dengan Majlis Media Malaysia (MMM).

MMM berperanan membangunkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab, termasuk merangka tata kelakuan bagi pengamal media.

Keperluan itu diperkukuh melalui pemberdayaan Kod Etika Wartawan Malaysia 2024 yang memberikan penekanan terhadap cabaran pelaporan digital.

Cabaran itu termasuk penularan berita palsu serta manipulasi kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Mengenai isu kedudukan kebebasan media negara, beliau berkata indeks kebebasan media bersifat “relatif”.

Prinsip kebebasan media akan terus dipegang dan dimartabatkan oleh kerajaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories