the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

FAM akan buat laporan polis kes pemalsuan dokumen pemain warisan

FAM akan buat laporan polis berhubung kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya susulan cadangan jawatankuasa siasatan.

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat laporan polis berhubung kes pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu.

“Kita akan buat laporan mengenai ada pemalsuan dokumen (pemain warisan) yang dihantar kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan siapa yang bertanggungjawab mengenai pemalsuan dokumen itu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengikut segala saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang ditubuhkan berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

IIC dalam laporan penuh siasatan setebal 59 muka surat sebelum ini mengemukakan tiga cadangan kepada FAM.

Antara cadangan itu termasuk FAM perlu segera membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan penuh.

Jawatankuasa itu memaklumkan kes berkenaan membabitkan dakwaan pemalsuan dokumen rasmi dan ia adalah kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia.

IIC juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Tatatertib FAM memulakan prosiding tatatertib dalaman terhadap Setiausaha Agung badan induk itu.

Jawatankuasa itu turut mencadangkan supaya FAM membuat pengawasan dan reformasi struktur serta melakukan langkah pencegahan dan pemulihan kredibiliti daripada aspek tadbir urus.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Nissan Bets on Motorsport, NISMO and Heritage to Reinforce Brand Identity

Nissan is stepping up efforts to strengthen its global brand image by placing renewed emphasis on motorsport, expanding its NISMO performance range and tapping into the growing heritage and restoration scene. The initiatives, announced by Nissan Motor Co., Ltd. together with Nissan Motorsports & Customisation Co., Ltd. (NMC), form part of the wider Re:Nissan product strategy, where so-called “heartbeat models” are positioned as emotional flag-bearers that reflect the company’s performance-focused DNA.Motorsport remains central to this approach, with Nissan continuing to treat racing as both a proving ground and a development platform. Technologies and driving know-how honed in top-level competitions such as Super GT and Formula E will continue to flow directly into road cars under the long-standing philosophy of transferring lessons from the track back to everyday driving. Nissan also plans to maintain its presence in endurance racing series like Super Taikyu while exploring opportunities in new racing categories to broaden its technical and competitive experience.
spot_img

Popular Categories