the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

FAM kecam serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol

FAM kecam keras serangan ke atas wartawan sukan Haresh Deol di Bangsar, gesa siasatan menyeluruh dan jamin keselamatan media.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan Haresh Deol.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan sebarang keganasan, intimidasi atau ancaman terhadap wartawan tidak boleh diterima sama sekali.

“Sebarang tindakan agresif atau cubaan menghalang tugas profesional wartawan tidak mencerminkan semangat kesukanan dan nilai integriti yang diperjuangkan FAM,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas insiden serangan terhadap Haresh Deol di Bangsar semalam.

Mohd Yusoff berkata FAM berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

“FAM akan terus bekerjasama rapat dengan pengamal media serta memastikan ruang yang selamat, profesional dan saling menghormati diwujudkan,” tambahnya.

Beliau mendoakan Haresh berada dalam keadaan baik dan terus diberikan kekuatan selepas insiden tidak diingini itu.

Haresh, pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, memaklumkan melalui hantaran di X bahawa beliau diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya.

Seorang lagi individu dipercayai merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook mengesahkan polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Insiden berlaku di Jalan Maarof berhampiran parkir sebuah pusat beli-belah ketika Haresh sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Visa Study Reveals Growing Adoption of Real-Time Payments in Southeast Asia, Underscoring Need for Stronger Security and Trust

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - Real-time payments (RTPs) are becoming an integral part of everyday transactions across Southeast Asia, according to a regional study written in partnership with the Global Finance & Technology Network (GFTN), Nextrade Group, and the Visa Economic Empowerment Institute (VEEI).

Most Viewed

spot_img

Popular Categories