the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 tampil 100 acara, sasar 250,000 pengunjung

KUALA LUMPUR: Festival Taman Kuala Lumpur 2025 kembali memeriahkan Taman Tasik Titiwangsa bermula 17 hingga 26 Oktober ini dengan lebih 100 acara berasaskan seni, budaya, gastronomi dan alam semula jadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata festival anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu dibuka secara percuma dari 9 pagi hingga 11 malam dengan sasaran kehadiran lebih 250,000 pengunjung.

Festival ini adalah jemputan terbuka untuk semua warga kota meraikan kepelbagaian, kreativiti dan inovasi.

Edisi tahun ini mengetengahkan tema ASEAN Perpaduan dalam Kepelbagaian dengan empat teras iaitu Kehidupan Lestari, Ekspresi Budaya, Penyertaan Komuniti dan Inovasi Berasaskan Alam.

Antara tarikan utama festival itu ialah Mistikal Titiwangsa, pengalaman interaktif yang menggabungkan elemen hortikultur teknologi visual serta kisah lagenda Malaysia seperti Puteri Gunung Ledang dan Si Tanggang.

Festival itu turut membawakan persembahan KL Genta Festival Gendang dan tarian rentas budaya oleh kumpulan ASEAN, serta Fiesta Makanan Halal ASEAN yang menghimpunkan pelbagai hidangan unik dari negara anggota.

Edisi kali ini turut memperkenalkan segmen baharu seperti pertandingan reka bentuk taman balkoni inovatif, pameran seni alam sekitar berasaskan bahan semula jadi, persembahan landskap warisan negeri, serta konsep landskap kediaman lestari dengan Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi.

Pengunjung juga boleh menikmati bazar Pasaran ASEAN dengan lebih 100 gerai makanan halal, tumbuh-tumbuhan, seni dan kraf, selain aktiviti luar seperti glamping, sukan air, e-sukan dan permainan tradisional serta sesi perkongsian ilmu bersama pakar terkemuka tempatan dan antarabangsa.

Tun Razak Exchange ASEAN Unity Garden akan dipamerkan sebagai satelit festival di daerah kewangan TRX, manakala Forum NBS Asia 2025 anjuran Institut Arkitek Landskap Malaysia dengan kerjasama DBKL akan memberi tumpuan kepada reka bentuk berdaya tahan iklim dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

Penganjuran berskala besar itu hanya dapat direalisasikan melalui sokongan lebih 40 rakan strategik dengan tajaan berjumlah 1.195 juta ringgit oleh Aset Kayamas sebagai penaja utama, Sime Darby, Mah Sing Properties, BSN dan TS Law Land, serta penaja lain seperti KLCC Property Holding, Alliance Bank, GRAB, Mega Legacy dan YMWOO Cooperation.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan penaja yang ingin mengambil bahagian dalam festival berkenaan, selain berharap lebih ramai pengunjung hadir dan memeriahkan Festival Taman Kuala Lumpur 2025. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories