Gempa bumi kuat 6.4 Richter berpusat 129 km tenggara Bislig, Filipina. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 11.03 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 7.4 darjah utara dan 127.1 darjah timur, dengan kedalaman 67 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 129 km tenggara dari Bislig, Filipina.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.








