Gempa bumi sederhana 5.3 skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Filipina, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 12.13 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 7.3 darjah utara dan 127.1 darjah timur, dengan kedalaman 65 kilometer (km).
Menurut MetMalaysia, lokasi gempa itu berada pada jarak 136 kilometer tenggara dari Bislig, Filipina.
MetMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.
Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 11.03 pagi tadi.








