the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru buka kelas digital untuk kanak-kanak di pusat pemindahan banjir

Guru El Gamillo buka kelas digital interaktif di PPS Marang, manfaatkan 30 tablet untuk 20 kanak-kanak isi masa lapang dengan pembelajaran berfaedah.

MARANG: Seorang guru mengambil inisiatif membuka kelas pembelajaran digital untuk kanak-kanak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing.

El Gamillo Habibun Tan, 45, berkata usaha itu bertujuan memastikan masa lapang kanak-kanak di PPS diisi dengan aktiviti berfaedah.

Penolong Kanan Kokurikulum di SK Gasing itu menyatakan kelas tersebut diadakan dari pukul 9 malam hingga 11 malam dengan sokongan padu ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah.

BACA: Calon SPM 2025 terjejas banjir berjaya dipindahkan

“Usaha ini juga bagi memastikan kanak-kanak tidak bosan berada di PPS,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau menambah suasana PPS menjadi lebih ceria berbanding keadaan sunyi dan lengang tanpa aktiviti pada waktu malam.

El Gamillo berkata tahun lepas beliau membuat tayangan video untuk kanak-kanak di PPS yang sama.

“Kali ini saya mahu kanak-kanak perkukuh ilmu pendigitalan melalui pembelajaran digital yang lebih interaktif,” jelasnya.

Guru kelahiran Muar, Johor itu juga merupakan Apple Professional Learning Specialist dan Ikon Guru Digital Kebangsaan 2024.

Beliau berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan dengan baik kerana SK Gasing mempunyai kemudahan digital lengkap termasuk 30 tablet pembelajaran.

Kira-kira 20 kanak-kanak menyertai kelas yang memberikan peluang menggunakan iPad dan pembelajaran melalui ekosistem Apple.

“Corak pembelajaran lebih interaktif dapat menarik minat kanak-kanak,” ujarnya.

Beliau menambah pendekatan itu turut mengurangkan tekanan kanak-kanak apabila berada di penempatan seperti PPS.

El Gamillo berharap kelas digital di PPS dapat dijadikan model pendidikan kecemasan setiap kali banjir melanda pada masa depan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories