the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribut Senyar sebabkan 49 kes pokok tumbang, satu kematian

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Ribut Tropika Senyar catat 49 kes pokok tumbang dan satu kematian di Jalan Selandar-Machap, dengan Negeri Sembilan paling terjejas.

MELAKA: Ribut Tropika Senyar yang melanda beberapa negeri sejak petang semalam bukan sahaja menyebabkan 49 kes pokok tumbang direkodkan, malah turut meragut satu nyawa dalam kejadian di Jalan Selandar-Machap, di sini awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata walaupun bukan secara langsung daripada ribut, namun kematian penunggang motosikal dalam kejadian terbabit adalah akibat melanggar pokok yang tumbang kesan ribut berkenaan.

Beliau berkata keseluruhannya Negeri Sembilan mencatatkan kesan paling teruk, termasuk masing-masing satu insiden cerun runtuh dan runtuhan struktur, selain dua kes banjir.

BACA: Ribut tropika Senyar landa Semenanjung, hujan lebat hingga Sabtu

“Negeri Sembilan juga merekodkan 33 kes pokok tumbang, diikuti Melaka (lapan), Selangor (lima), Putrajaya (dua) dan Perak (satu),” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat JBPM di Ayer Keroh, hari ini.

Beliau berkata meskipun Ribut Tropika Senyar telah melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca bertekanan rendah, JBPM tetap bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk peningkatan kes pokok tumbang dan cerun runtuh susulan struktur tanah yang menjadi lembut akibat hujan berterusan.

Sementara itu, Nor Hisham berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dinasihatkan supaya melakukan koordinasi dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Kita meraikan peranan NGO dan individu dalam membantu pemindahan serta penghantaran logistik, namun mereka perlu memaklumkan kepada PKOB selain memakai jaket keselamatan.

“Kita bimbang niat untuk membantu boleh mengundang risiko lain. Dalam masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengunjungi lokasi berisiko termasuk kawasan rekreasi,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Witness protection amendment bill tabled for first reading

The Witness Protection (Amendment) Bill 2026, aimed at enhancing witness protection with psychological and post-protection support, was tabled for first reading in the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings