the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Guru rugi hampir RM10,000 ditipu sindiket pembelian dalam talian

KUALA TERENGGANU: Seorang guru bukan sahaja kempunan merasa keenakan mangga harumanis, malah berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM9,998.52 lesap ditipu sindiket pembelian dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Rabu lepas, mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun telah melihat iklan penjualan harumanis menerusi media sosial.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa diminta memuat turun satu aplikasi bagi membuat tempahan buah berkenaan.

“Setelah mengisi semua maklumat diri, mangsa telah menerima kod respons pantas (QR) bagi tempahan itu dan diminta untuk menghantarkannya kepada suspek.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui panggilan telefon menyebabkan telefon bimbitnya terpadam dengan tiba-tiba sebelum aktif semula beberapa minit selepas itu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Azli berkata pada keesokan hari mangsa mendapati wang simpanannya sebanyak RM9,998.51 dalam akaun Tabung Haji telah lesap.

Setelah disemak, mangsa mendapati berlaku dua transaksi wang dari akaun Tabung Haji ke akaun bank miliknya sebelum dipindahkan ke satu akaun bank lain yang tidak dikenali.

“Mangsa telah membuat laporan pada 6.35 pagi Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories