the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Had tempoh jawatan PM tidak lebih 10 tahun bakal dibawa ke Parlimen

Cadangan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dipersetujui Kabinet, kata Ahmad Zahid, untuk elak ketepuan kepimpinan.

PUTRAJAYA: Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun disifatkan sebagai pencetus perubahan dalam tadbir urus negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu disarankan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat khas Kabinet.

Beliau berkata cadangan tersebut telah dipersetujui oleh semua Jemaah Menteri.

“Had tempoh itu penting bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri memegang jawatan terlalu lama,” katanya.

Beliau menambah langkah itu untuk mengelak kesan ketepuan kepimpinan walaupun prestasi baik.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 kementeriannya.

Beliau turut mengesahkan rang undang-undang berkaitan akan dibawa pada sidang Parlimen bermula 19 Januari ini.

Semalam, Anwar dalam perutusan Tahun Baharu mengumumkan rang undang-undang itu akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories