the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hajiji nasihat pengundi buat pilihan tepat pada PRN Sabah Sabtu ini

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor nasihat pengundi pilih kerajaan bawa kebaikan, kestabilan politik dan pembangunan pada PRN Sabah ke-17

TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menasihatkan rakyat negeri itu membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Sabtu ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengingatkan pengundi agar tidak membuat pilihan salah pada hari pengundian tersebut.

“Jangan pilih kerajaan yang sebelum ini telah diberikan peluang selama dua tahun setengah tetapi gagal mentadbir Sabah, sehingga ditolak rakyat dalam PRN lepas.”

“Pilihlah kerajaan yang membawa kebaikan, kestabilan politik dan pembangunan kepada negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada Temurapat Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran.

Program itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena kempen PRN Sabah ke-17.

Hajiji berkata GRS telah membuktikan keupayaan mentadbir Sabah dengan baik sepanjang tempoh pemerintahannya lima tahun lepas.

Beliau berkata dengan sokongan kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar, pentadbiran negeri GRS berjaya mengangkat kembali ekonomi Sabah.

“Kita perkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 dan memberi keutamaan kepada tiga sektor pembangunan ekonomi negeri.”

“Kita turut menumpukan usaha kepada pembangunan modal insan, pendidikan dan kesejahteraan rakyat.”

Hajiji menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Anwar yang disifatkannya sebagai Perdana Menteri paling kerap turun padang ke Sabah.

“Mana ada Perdana Menteri datang Sabah sekerap ini. Inilah dia, Perdana Menteri yang prihatin, yang membantu negeri Sabah dalam pelbagai aspek.”

Beliau berkata komitmen Anwar dapat dilihat melalui keputusan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana beliau faham bahawa Sabah negeri yang luas, dan rakyatnya memerlukan harga diesel yang lebih berpatutan.”

PRN Sabah ke-17 mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan 1,760,417 pengundi biasa layak mengundi.

Sebanyak 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis serta pasangan sudah mengundi awal pada Selasa lepas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.
spot_img

Popular Categories