MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan Sarawak sehingga 9 Disember
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan amaran tahap buruk melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Amaran tahap waspada pula melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau media sosial jabatan itu.
Mereka juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan. – Bernama







