the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu hina institusi Diraja dikenal pasti, lebih 20 kertas siasatan lampau – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, individu terbabit sangat bermasalah dengan lebih 20 kertas siasatan lampau telah dibuka terhadapnya, berkaitan kenyataan jelik sebelum ini.

“Saya telah minta MCMC mengambil tindakan yang keras dan bersepadu bersekali dengan PDRM, untuk kita pastikan kandungan yang jelik dan menghina institusi Diraja tidak ada dalam platform Facebook. Saya difahamkan kandungan tersebut juga ada di TikTok.

“… jadi kita akan teliti beberapa tindakan yang perlu diambil, untuk pastikan Facebook dan platform lain memberi kerjasama yang baik dan pantas terutama dalam isu-isu melibatkan 3R (kaum, agama, institusi raja),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 3/2024, di sini pada hari Selasa (Mac 26).

Baru-baru ini, tular seorang individu yang dipercayai telah memuat naik video dengan mengeluarkan kenyataan jelik dan menghina institusi Diraja Selangor.

Terdahulu, Fahmi ketika berucap pada perhimpunan tersebut telah meminta MCMC untuk mengambil tindakan yang tegas, terhadap mana-mana pihak yang sengaja menanamkan bibit-bibit perpecahan dan mengapi-apikan sentimen.

Pada masa sama beliau juga meminta kerjasama daripada semua agensi dalam Kementerian Komunikasi supaya menjadi ‘ejen’ untuk menjernihkan keadaan dan membantu mengembalikan keadaan yang tenang.

Selain itu Fahmi berkata RTM juga, perlu mempertingkatkan kandungan serta bahan yang mengetengahkan aspek perpaduan dalam masyarakat.

“Ini penting kerana sewaktu Bapa-bapa Kemerdekaan dan Bapa-bapa Malaysia membentuk negara kita memperoleh kemerdekaan, tidak diidamkan satu suasana porak peranda dan berpecah belah.

“Kepelbagaian dan kerencaman kita sesungguhnya adalah satu kekuatan. Bulan Ramadan ini seharusnya mendidik kita juga untuk bertoleransi, sabar, ada had dan batas serta saling hormat menghormati,” katanya.

Mengenai isu lain, Fahmi berkata pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di peringkat Kementerian Komunikasi, termasuk agensi di bawahnya, telah mencapai hampir 99 peratus.

Beliau berkata daripada peratusan itu, Institusi Penyiaran Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah mencapai 100 peratus pendaftaran PADU.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane en Provence marks 50 years of crafting life ties, unveils global reinvention and...

L’Occitane en Provence celebrates its 50th anniversary with a global brand reinvention, refreshed product portfolio and immersive customer experiences. In Malaysia, the milestone is marked through the "Maison Surprise" campaign, featuring complimentary gifts, interactive activations and community-focused experiences.

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings