the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini – Bank Dunia

KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil, kata Bank Dunia,

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan dalam subsidi kerajaan dan langkah kawalan harga yang berpotensi akan berlaku, katanya dalam Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024.

“Inflasi teras juga mungkin akan menurun pada 2024 dan kemiskinan dijangka terus berkurangan,“ katanya.

Bank Dunia menekankan bahawa pada Januari 2024, inflasi Malaysia berada pada 1.5 peratus manakala inflasi teras juga menyederhana kepada 1.8 peratus.

“Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus pada Mac dan dasar monetari dianggap menyokong ekonomi.

“Bank pusat juga menjangkakan inflasi kekal sederhana apabila keadaan kos dan permintaan stabil. Bagaimanapun, walaupun inflasi yang sederhana, isi rumah berpendapatan rendah telah mengalami inflasi yang lebih tinggi,” katanya.

Pada Disember 2023, inflasi bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan adalah 1.7 peratus, lebih tinggi daripada inflasi keseluruhan sebanyak 1.5 peratus.

Ia menjejaskan kumpulan pendapatan berkenaan secara tidak seimbang kerana perbelanjaan mereka lebih tinggi untuk keperluan.

Pada masa yang sama, Bank Dunia menyatakan bahawa sasaran sifar kemiskinan tegar kerajaan telah dicapai di beberapa negeri.

Namun begitu, ia menekankan bahawa pandangan lebih luas dan sasaran pembasmian kemiskinan yang lebih bercita-cita tinggi melebihi 0.2 peratus kemiskinan tegar negara semasa turut diperlukan.

Anggaran rasmi terkini menunjukkan bahawa kemiskinan mutlak pada 2022 kekal lebih tinggi daripada tahap prapandemik.

Bank Dunia berkata ketidaksamaan pendapatan seperti yang diukur oleh indeks Gini berdasarkan pendapatan bersih per kapita isi rumah berada pada 40.7 pada tahun 2021 dengan aliran berbeza diperhatikan di seluruh negeri kerana beberapa melihat jurang pendapatan yang semakin melebar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings