the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Inisiatif tanpa tunai perkasa ekonomi komuniti di Sarawak

KUCHING: Inisiatif Cashless Society Sarawak dapat memberikan momentum kukuh kepada agenda memperkasakan ekonomi komuniti setempat.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata transformasi digital merupakan tunjang utama dalam menjayakan Strategi Pembangunan Pasca-COVID 2030.

Beliau berkata antara teras penting dalam strategi tersebut ialah memperkasakan ekonomi digital bagi melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.

“Inisiatif pembayaran tanpa tunai hari ini adalah sebahagian daripada ekosistem ekonomi digital Sarawak,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Cashless Carnival Sarawak di Kampung Gedong di sini.

Rodiyah berkata pembayaran tanpa tunai amat membantu peniaga kecil yang sebelum ini terpaksa menyimpan wang tunai.

Beliau berkata ramai peniaga di sekitar Pusat Sebaran Maklumat Nasional Gedong telah mula beroperasi secara tanpa tunai.

Beliau menyeru peniaga di Gedong agar mengambil peluang mendaftar bersama rakan strategik seperti S Pay Global dan Bank Negara.

“Dengan kerjasama erat antara kerajaan, MCMC, rakan strategik, Pengurus NADI serta para usahawan, masyarakat kampung, saya yakin Gedong mampu menjadi contoh komuniti luar bandar yang berjaya menggunakan teknologi moden,“ katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gamble Tiki Burn Totally free! Report on the web Slot Video game

Set Incentives rather than Place Bonuses are two popular...

Dolphins Pearl Slot enjoy on the internet free of charge

ContentDolphin’s Pearl Casino slot games 2024 Free of charge...

Most Viewed

spot_img

Popular Categories