Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ismanira nafi abaikan Zayn Rayyan, dakwa sentiasa ambil berat

The Sun Berita

PETALING JAYA: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini menegaskan di Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak pernah mengabaikan anak autistiknya seperti yang didakwa.

“Tidak, saya tidak abai Zayn khususnya pada 5 Dis 2023 sepertimana dalam pertuduhan,“ kata Ismanira, 30, semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Haresh Mahadevan. Beliau menekankan bahawa dia sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan anaknya.

Ketika melihat jasad Zayn Rayyan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Ismanira menyatakan bahawa anaknya mengalami luka pada tangan dan belakang kepala, hidung berdarah, serta mulut yang tidak tertutup rapat.

“Perut sudah kembung, dia sudah mula membusuk… kakinya kecut warna putih… mata lebam, itu yang saya nampak,“ katanya.

Ismanira juga berkata dia pada mulanya tidak percaya mayat yang ditemui di aliran sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, adalah anaknya. “Saya dalam fasa penafian, masih tidak percaya,“ ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia bertanya kepada polis mengenai kejadian itu, Ismanira menjawab, “Polis menyatakan ada unsur jenayah… jika ikut kecederaan yang dialami anak saya, polis syak seorang pedofilia dan penagih dadah… itu seingat saya.”

Sebelum ini, Hakim Dr. Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Pasangan itu didakwa mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Apartmen Idaman antara 5 dan 6 Disember 2023. Pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara atau denda RM50,000.

Menceritakan detik kehilangan Zayn Rayyan, Ismanira berkata dia berasa sangat cemas selepas mengambil anaknya dari sekolah. “Saya menjemput Zayn lewat lima minit kerana singgah beli barang untuk masak spaghetti bolognese, makanan kegemarannya,“ katanya.

“Saya parkir motosikal dan ingin bawa Zayn main di taman permainan, tapi semasa naik tangga, saya sedar bunyi tapak kasutnya tiada. Saya terus ke rumah, tapi Zayn tiada di situ,“ jelasnya.

Ismanira membiarkan pintu rumah terbuka, berharap anaknya akan pulang. “Saya panggil ‘abang’—nama panggilannya—tapi tiada jawapan,“ katanya dengan suara sebak.

Perbicaraan akan disambung esok. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img