the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Israel perlu hormati pelan gencatan senjata Gaza dipersetujui Hamas – Ahmad Zahid

SHAH ALAM: Israel perlu menghormati pelan gencatan senjata Gaza dengan menghentikan serangan serta segera membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan susulan persetujuan Hamas terhadap fasa pertama pelan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghargai persetujuan itu dan yakin Hamas akan meneliti dengan lebih lanjut beberapa perkara yang masih perlu diperincikan bagi memuktamadkan gencatan senjata berkenaan.

“Namun yang paling penting ialah peperangan, penindasan, kebuluran dan kematian akibat penyakit yang berpunca daripada konflik ini mesti dihentikan. Yang utama, Gaza dan Palestin perlu diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa Israel perlu membebaskan semua tahanan Global Sumud Flotilla (GSF) yang masih ditahan, selain belajar menghormati suara masyarakat antarabangsa yang secara jelas mengecam tindakan rejim itu terhadap rakyat di Tebing Barat.

‎‎Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Israel dan Hamas sudah menandatangani fasa pertama perjanjian damai Gaza yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat, membenarkan pembebasan semua tebusan Israel.

‎– BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

“No Data, No Talk”: How Data Fundraising Is Redefining SME Growth in ASEAN

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - In an era where investors are more selective than ever, SMEs can no longer rely on vision, passion, or static pitch decks alone. The new rule of fundraising is clear: No Data, No Talk.

Orkim extends voyage charter contracts with Shell until 2028

Shell Malaysia has agreed to extend consecutive voyage charter contracts for Orkim Leader and Orkim Power, citing Orkim’s operational reliability. The extensions provide clearer revenue visibility and support sustained fleet utilisation.
spot_img

Popular Categories